global

Covid-19: IMF ramal kemelesetan ekonomi global

Oleh BERNAMA

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan pandemik COVID-19 mencetuskan kemelesetan ekonomi global pada 2020, kesan buruknya sama seperti krisis kewangan yang melanda pada 2008, lapor agensi berita Sputnik.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva pada Isnin berkata: “unjuran pertumbuhan ekonomi global: untuk 2020 adalah negatif - kesan buruk kemelesetan sama dengan krisis kewangan atau lebih buruk, tetapi kami menjangkakan ia akan pulih pada 2021.”

Disiarkan pada: March 24, 2020 @ 10:35am
d