global

Covid-19: Maut sebab salah ubat

Oleh Agensi

New York: Seorang lelaki di Arizona, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia, manakala isterinya kritikal selepas memakan ubat didakwa untuk melindungi mereka daripada koronavirus baharu (Covid-19).

CNN melaporkan mereka dikatakan memakan chloroquine fosfat.

Ia adalah bahan yang digunakan untuk mencuci tangki akuarium dan juga didapati dalam ubat anti-malaria.

Presiden AS Donald Trump sebelum ini percaya bahan berkenaan adalah antara ubat yang mungkin boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 24, 2020 @ 1:43pm
    d