global

Simpan botol penuh air kencing

Oleh AFP

Almaty: Menjijikkan apabila tiga beranak di sebuah pangsapuri di Kazakhstan sanggup tinggal bersama ratusan botol plastik mengandungi air kencing.

Daily Mail melaporkan keluarga itu terpaksa membuang air kecil di dalam botol selepas bekalan air di kediaman mereka sudah dipotong kerana bil tertunggak.

Perbuatan itu terbongkar selepas pihak berkuasa melakukan pemeriksaan susulan aduan penduduk yang tidak tahan dengan bau hancing dari rumah keluarga terbabit.

Jiran juga mendakwa rumah keluarga itu tidak ubah seperti tapak pelupusan sampah dengan lipas berkeliaran di sekitar kediaman berkenaan.

Ketika serbuan, keluarga itu pada mulanya enggan memberi kerjasama dengan tidak mahu membuka pintu hadapan rumah dan memaksa polis memecahkannya.

Pegawai terbabit kemudian terkejut apabila melihat ratusan botol plastik berisi air kencing di atas lantai.

Terdapat timbunan baju di dalam bilik tidur dan botol lain ditemui di bahagian dapur.

Hasil siasatan, keluarga itu dipercayai menyimpan botol itu selama setahun.

Mereka kemudiannya dibawa menjalani ujian kesihatan mental.

Disiarkan pada: March 25, 2020 @ 6:00am
d