global

India berkurung 21 hari

Oleh BERNAMA

NEW DELHI: India mengumumkan perintah “lockdown” selama 21 hari bermula tengah malam Selasa, berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang kini mencecah 500 orang.

Polis akan menguatkuasakan perintah berkurung yang ketat dan hanya perkhidmatan penting dibenarkan beroperasi.

Perdana Menteri Narendra Modi dalam satu kenyataan yang disiarkan televisyen tempatan berkata, langkah pencegahan lebih ketat amat perlu untuk menyekat penularan wabak itu.

Beliau berkata sedangkan negara kaya dilihat sukar untuk menangani wabak itu, India perlu mengambil langkah serius memerangi ancaman untuk menghindari bencana yang lebih besar.

Modi turut menyeru rakyat tidak membuat pembelian panik dan tinggal di dalam rumah, berjanji kerajaan persekutuan dan negeri “akan memastikan semua barangan keperluan mencukupi.”

“Sektor penting seperti penjagaan kesihatan, kemudahan awam, pengeluaran dan pengedaran barangan penting, media, bank, telekomunikasi dan perkhidmatan pengangkutan asas dikecualikan daripada perintah “lockdown.”

Semua perhimpunan awam dan keagamaan dilarang. “Penjarakkan sosial satu-satunya pilihan,” kata Modi.

Penerbangan antarabangsa dan domestik serta perkhidmatan hospitaliti turut digantung.

Sehingga Selasa, kira-kira 20,000 penduduk telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan 519 orang didapati positif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 25, 2020 @ 8:29am
    d