global

Korban Covid-19 di Sepanyol atasi China

Oleh AFP

MADRID: Angka kematian akibat koronvirus baharu (Covid-19) di Sepanyol meningkat kepada 3,438 orang pada Rabu, berbanding 738 orang pada hari sebelumnya.

Ia menjadikan angka korban di negara itu sudah melepasi China. Negara itu kini di tangga kedua dalam jumlah kematian akibat Covid-19, selepas Itali.

Sebelum ini, media melaporkan lebih tiga bilion penduduk dunia kini menjalani perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan negara mereka.

Ia sebagai usaha mengelak ancaman Covid-19 yang setakat ini sudah mengakibatkan lebih 20,000 kematian.

Jumlah kematian itu membabitkan 182 negara di seluruh dunia dan dilaporkan lebih 450,000 individu dijangkiti wabak berkenaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Gutteres berkata, hanya kesepaduan semua pihak yang dapat menghentikan penularan wabak berkenaan.

“Covid-19 mengancam semua individu jadi kita semua perlu melawannya

“Tindakan dari sesebuah negara saja tidak memadai sebaliknya memerlukan kerjasama di peringkat global dan solidariti ke arah itu yang paling utama,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Disiarkan pada: March 26, 2020 @ 11:10am
    d