global

Jilat barangan di pasar raya

Oleh Agensi

Missouri: etika dunia panik dengan peningkatan jangkitan Covid-19, seorang lelaki di Amerika Syarikat melakukan aksi melampau dengan menjilat barangan di sebuah pasar raya di negara itu.

USA Today melaporkan, Lee Pfister, 26, turut merakam perbuatannya itu dan memuat naik video terbabit di media sosial dan ia menjadi tular.

Menerusi rakaman berkenaan, Pfister dilihat memandang kamera dan berkata: “Siapa yang takutkan koronavirus? Jangan sentuh mulut anda.” Dia kemudian menjilat beberapa barangan, antaranya botol deodoran yang terdapat di rak.

Bagaimanapun, Jabatan Polis Warrenton mengesahkan Pfister ditahan Isnin lalu dan akan didakwa atas kesalahan melakukan ancaman.

Penangkapan itu adalah tindak balas hasil aduan diterima polis pada 11 Mac lalu dan semua barangan berkaitan insiden dikeluarkan dari rak pada hari sama laporan polis dibuat.

“Video itu mendapat perhatian ramai dan kita menerima pelbagai laporan mengenainya termasuk dari Belanda, Ireland dan United Kingdom (UK),” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 6:00am
d