global

Kostum lindung diri

Oleh Agensi

Miami: Memakai kostum dinosaur bagi melindungi diri daripada jangkitan wabak Covid-19.

Itu idea bijak dan kreatif seorang lelaki di Florida yang kini menjadi perhatian dunia apabila memakai kostum haiwan prasejarah itu di Lapangan Terbang Miami.

Idea lelaki itu yang beralih daripada kelaziman alat perlindungan diri seperti penutup hidung dan mulut bukan saja mencuit hati ramai warganet yang menganggap tindakannya itu bijak.

Lapor Republic World, imej lelaki berkenaan dikongsi di laman Instagram seorang kakitangan syarikat penerbangan yang menggunakan akaun Cruise Fly Girl.

Pemilik akaun itu kagum melihat dinosaur itu berjalan di depannya sebelum tertarik merakam tindakan lelaki itu.

Lelaki itu dilihat berjalan penuh yakin dan menggunakan sarung tangan dinosaur ketika mendapatkan pas masuk sebelum memasuki ruang pesawat dengan kostum itu.

Aksi lelaki yang digelar Dino-Mite itu turut dirakam sebelum video berkenaan dikongsi di Instagram popular, Passenger Shaming.

Video berkenaan meraih lebih 200,000 tontonan dengan rata-rata warganet kagum dengan idea lelaki itu dalam usaha melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.

Idea pemakaian dinosaur turut digunakan di seluruh dunia ketika penularan wabak Covid-19.

Susulan itu, ramai warganet berkongsi hantaran gambar dan video trend terbaharu berkenaan bagi melindungi diri daripada pandemik itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 7:00am
    d