global

Warga emas korban pertama Covid-19 di Brunei

Oleh Reuters

Bandar Seri Begawan: Brunei hari ini mengesahkan kematian pertama akibat wabak Covid-19.

Difahamkan, mangsa seorang lelaki berusia 64 tahun.

Setakat ini, Brunei merekodkan 115 kes jangkitan virus berkenaan dengan sebahagiannya daripadanya berkait rapat dengan kluster perhimpunan keagamaan di Malaysia yang dilaporkan dihadiri 16,000 orang.

Lelaki berkenaan, tidak menghadiri perhimpunan terbabit namun mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia dan Kemboja sebelum ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 10:29am
    d