global

Covid-19: Syarat tambahan masuk ke Singapura

Oleh BERNAMA

Singapura: Berikutan risiko kemasukan kes Covid-19 dari luar semakin meningkat, Singapura akan melaksanakan langkah berjaga-jaga tambahan terhadap semua pemegang Pas Jangka Panjang (LTP) yang memasuki atau kembali ke republik itu.

Ini termasuk pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang (LTVP), Pas Pelajar (STP), serta mereka yang diberikan Kelulusan dalam Prinsip (IPA) untuk LTP.

“Langkah ini akan berkuat kuasa mulai jam 11.59 malam, pada 29,” menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan bersama di sini, hari ini.

Semua pemegang LTVP serta mereka yang sudah diberi IPA untuk LTVP, yang merancang untuk memasuki atau kembali ke Singapura, mesti mendapatkan kebenaran ICA sebelum memulakan perjalanan mereka ke Singapura, jelas kenyataan itu.

Mereka boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan mereka kepada ICA_nCoV_request@ica.gov.sg.

Sementara itu, semua pemegang STP sedia ada, dan mereka yang sudah diberi IPA untuk STP, yang merancang untuk memasuki atau kembali ke Singapura perlu mesti mendapatkan kebenaran MOE sebelum memulakan perjalanan mereka ke Singapura.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 11:07am
    d