global

146 kes baru di Korea Selatan

Oleh Reuters

Seoul: Korea Selatan merekodkan 146 kes baharu Covid-19 semalam.

Pusat Kawalan dan Jangkitan Penyakit Korea berkata, angka terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh republik itu mencecah 9,478 kes.

Sementara itu, China yang mula melaksanakan sekatan baharu membabitkan pemilik visa sah dan permit bermastautin berkuat kuasa hari ini mencatatkan sedikit penurunan kes baharu membabitkan pelancong dari luar negara.

Republik itu mengesahkan tiada jangkitan tempatan wabak itu dengan sebanyak 54 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam membabitkan kes import.

Sehingga kini, jumlah kes jangkitan Covid-19 di republik itu mencecah 81,394 kes dengan 3,295 kematian.

Selain itu, Mexico merekodkan 717 kes di seluruh negara itu berbanding 585 sehari sebelumnya dengan 12 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 11:14am
    d