global

Pengarah hospital diculik

Oleh Reuters

Port Au Prince: Seorang pengarah di hospital terkemuka di Haiti diculik semalam.

Susulan itu, petugas perubatan menolak kemasukan pesakit baharu sebagai tunjuk perasaan.

Dr Jerry Bitar yang juga seorang pakar bedah diculik ketika ke tempat kerja di Hospital Bernard Mevs selepas selepas meninggalkan kediamannya yang terletak di ibu kota.

Seorang pembantu perubatan hospital itu, Claude Devil berkata, lazimnya hospital itu menerima kemasukan semua rakyat Haiti.

Katanya, ia termasuk mereka yang tidak mampu membayar untuk perkhidmatan, namun buat masa ini mereka memutuskan tidak menerima pesakit baharu.

“Ketika ini ada beberapa pesakit masih menunggu untuk dibedah tetapi kami tidak boleh meneruskannya tanpa arahan doktor,” katanya.

Sementara itu, sumber Menteri Kesihatan mengesahkan, hospital terbabit adalah sebuah pusat penjagaan trauma dan kritikal yang tidak merawat kes Covid-19.

Namun katanya, hospital itu mungkin mengendalikan kes berkenan sekiranya penularan wabak itu meningkat berikutan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan infrastruktur tidak mencukupi di negara itu.

Insiden penculikan doktor itu bagi mendapatkan wang tebusan bukan kali pertama berlaku apabila polis mengesahkan 15 kes direkodkan sejak Januari lalu.

Kebanyakan kes penculikan membabitkan serangan tidak sengaja, menculik pelajar, ahli perniagaan dan pekerja asing.

Caption:

28hmculik: Petugas hospital melakukan tunjuk perasaan selepas penculikan pengarah hospital mereka. FOTO by Reuters

Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 11:24am
d