global

Lancar ujian kesan gejala Covid-19

Oleh AFP

Washington: Sebuah makmal berpangkalan di Amerika Syarikat melancarkan ujian mudah alih yang dapat mengesan jika seseorang mengalami gejala Covid-19 dalam tempoh hanya lima minit.

Dalam satu kenyataan, Abbot Laboratories memaklumkan, Pengurusan Ubat dan Makanan AS (FDA) memberikan kebenaran kecemasan untuk melaksanakan ujian itu.

Ujian mudah alih itu dijangka boleh digunakan penyedia penjagaan kesihatan seawal minggu depan.

Alat perujian bersaiz kecil dan menggunakan teknologi molekular itu dikatakan berupaya menunjukkan keputusan negatif dalam tempoh 13 minit.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Robert Ford berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan FDA bagi menghantar kit ujian itu ke pusat penularan wabak.

Katanya, ujian itu tidak diluluskan oleh FDA, namun hanya dibenarkan untuk kegunaan kecemasan oleh makmal dan penyedia penjagaan kesihatan yang diluluskan saja.

“Memerangi pandemik Covid-19 akan diperjuangkan dalam pelbagai bidang.

“Ujian molekular mudah alih ini dapat memberikan keputusan dalam beberapa minit menambahkan lagi kepada pelbagai penyelesaian diagnostik yang diperlukan untuk memerangi virus ini,” katanya.

Disiarkan pada: March 28, 2020 @ 12:21pm
d