global

Gunting rambut sendiri, gaya pelik

Oleh Agensi

London: Anak muda di United Kingdom (UK) menggunting rambut sendiri dengan menampilkan pelbagai gaya pelik berpandukan tutorial di Internet.

Ia susulan arahan penutupan semua kedai dan khidmat bukan keperluan penting serta perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Lapor Mirror, penutupan kedai gunting dan dandanan rambut mendorong orang ramai mengambil inisiatif menggunting rambut sendiri.

Penuntut laman sesawang The Tab berkongsi pelbagai gaya pelik rambut selepas melakukan inisiatif berkenaan.

Lara, 22, cuba merapikan hujung rambutnya, tetapi terdapat jurang segi tiga di tengah rambut depannya.

Walaupun rambutnya lebih terurus apabila digunting, tetapi keputusan akhirnya tidak membantunya mendapatkan hasil lebih baik.

Matt, 20, yang kali pertama cuba mencukur rambut belakangnya dan terpaksa berhenti separuh jalan selepas menyedari betapa sukarnya tugas berkenaan.

Harry, 23, dia mencuba sendiri gaya Bowl Cut dipadankan dengan rambut perangnya yang kelihatan buruk.

“Bagaimanapun, ketika ini berbeza dan nampak macam saya memakai penutup bekas,” katanya.

Bagi Tommy, 22, pula tidak menunjukkan matlamat yang pasti tentang gaya potongan rambutnya.

Pemuda itu kehilangan separuh daripada rambut depannya, jika itu yang dilakukannya dia sudah melakukan hasil kerja yang luar biasa.

Ollie, 22, menampilkan dirinya dengan gaya mullet walaupun dia cuma berambut pendek.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 29, 2020 @ 9:24am
    d