global

Bayi maut akibat Covid-19

Oleh AFP

Washington: Seorang bayi di Amerika Syarikat (AS) menjadi pesakit termuda maut akibat Covid-19, dan ia kejadian yang sangat jarang akibat pandemik berkenaan.

Dalam satu sidang media, Gabenor JB Pritzker berkata, punca kematian bayi itu berkait rapat dengan wabak berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Negeri Ngozi Ezike mengesahkan, bayi dari Chicago berkenaan yang berusia kurang setahun disahkan positif Covid-19.

“Tidak pernah berlaku sebelum ini kematian Covid-19 membabitkan bayi.

“Siasatan sedang dilakukan bagi mengesan punca kematian,” katanya.

Minggu lalu, Pegawai Kesihatan Perancis Jerome Salomon mengesahkan seorang gadis berusia 16 tahun dari Ile-de-France maut akibat wabak itu.

Nasib malang menimpa California pada minggu sama apabila Jabatan Kesihatan Awam Los Angeles turut mengesahkan seorang remaja maut selepas diuji positif wabak itu.

Pelbagai kajian menemui, virus itu hanya menjejaskan pesakit lebih berusia dan mereka yang mempunyai keadaan masalah kesihatan.

Sehingga kini, AS merekodkan kes jangkitan tertinggi lebih daripada 120,000 orang mangsa dengan angka kematian melebihi 2,000.

Disiarkan pada: March 29, 2020 @ 10:41am
d