global

Pesawat bawa peralatan perubatan meletup

Oleh Reuters

MANILA: Pesawat yang membawa peralatan perubatan meletup ketika sedang berlepas di sini, mengorbankan lapan penumpang dan kru.

Pesawat berkenaan berlepas dari Manila menuju ke Haneda, Jepun dan meletup di hujung landasan.

Anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Senator dan Ketua Palang Merah Filipina, Richard Gordon yang membuat hantaran di Twitter berkata, pesawat berkenaan dipercayai dari syarikat Lion Air membawa tiga kakitangan perubatan, tiga kru penerbangan, seorang pesakit dan pengiringnya.

Disiarkan pada: March 29, 2020 @ 11:03pm
d