global

18 anggota bomba terkorban

Oleh AFP

BEIJING: Seramai 19 orang terkorban dalam kebakaran besar sebuah hutan di barat daya China.

Kerajaan tempatan mengesahkan 18 mangsa yang maut adalah ahli bomba, manakala seorang lagi pemandu arah perhutanan.

Rakaman imej stesen televisyen tempatan menunjukkan api besar merebak dari pergunungan di bandar Xichang di wilayah Sichuan.

Kerajaan bandar itu dalam satu kenyataan di Weibo, pagi tadi berkata, kebakaran bermula dari Xichang di wilayah pergunungan Liangshan, 3 petang ]semalam.

Kebakaran itu yang merebak mengancam keselamatan bandar Xichang.

Lebih 140 kenderaan bomba, empat helikopter serta hampir 900 ahli bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

Secara keseluruhannya, lebih 2,000 orang terbabit dalam operasi menyelamat dan lebih 1,200 penduduk tempatan dipindahkan.

Kelihatan helikopter masih memadamkan api pada pagi ini.

Lapor agensi berita negeri, Xinhua, kebelakangan ini beberapa kebakaran hutan berlaku di wilayah sama.

April lalu, 27 ahli bomba terbunuh dalam sebuah kebakaran besar hutan di Muli dalam wilayah sama.

Disiarkan pada: March 31, 2020 @ 4:08pm
d