global

849 korban Covid-19 dalam 24 jam

Oleh AFP

MADRID: Sepanyol sekali lagi memecahkan rekod baharu apabila 849 individu disahkan terkorban dalam tempoh 24 jam akibat pandemik Covid-19.

Ia membawa jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak berkenaan mencecah 8,189.

Peningkatan berkenaan berlaku sehari selepas penurunan kes dicatatkan pada hari sebelumnya, memberi harapan bahawa wabak itu akan mencapai tempoh kemuncak di Sepanyol, yang kini menjadi negara kedua tertinggi mencatatkan mangsa Covid-19 selepas Itali.

Dalam tempoh 24 jam juga, seramai 9,222 individu disahkan positif wabak berkenaan dengan jumlah keseluruhan 94,417 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 31, 2020 @ 6:46pm
    d