global

Covid-19: Lebih 5,000 maut di AS

Oleh AFP

WASHINGTON: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini melepasi 5,000 orang.

Berdasarkan data dari Universiti Johns Hopkins, seramai 5,116 orang disahkan meninggal dunia.

Maklumat sama menunjukkan 884 pesakit maut akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia sekali gus angka tertinggi dalam tempoh satu hari di negara itu.

Angka korban di AS lebih rendah berbanding di Itali dan Sepanyol tetapi melepasi jumlah yang direkodkan di China.

AS kini menjadi negara dengan kes jangkitan Covid-19 tertinggi di dunia dengan 215,417 kes.

Media melaporkan, Presiden AS Donald Trump sebelum ini meramalkan angka korban di negara itu akan berada pada tahap tertinggi dalam masa dua minggu lagi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 11:34am
    d