global

Perintah Kawalan Pergerakan ikut jantina

Oleh AFP

Lima: Presiden Peru, Martin Vizcarra mengumumkan kaedah terbaru kawalan pergerakan mengikut jantina bagi menghalang penularan Covid-19 di negara itu, pada Khamis lalu.

Lelaki hanya dibenarkan keluar rumah pada Isnin, Rabu dan Jumaat manakala wanita pada Selasa, Khamis dan Sabtu.

Namun, tiada sesiapa dibenarkan keluar rumah pada Ahad.

"Kita hanya tinggal 10 hari lagi. Jadi ayuh lakukan usaha tambahan bagi mengawal penyakit berjangkit ini," katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan perintah terbaru itu berakhir pada 12 April ini selepas kawalan pergerakan bermula pada 16 Mac lalu.

Panama mengumumkan pendekatan serupa pada Isnin untuk tempoh 15 hari.

Sehingga Khamis, Peru mencatatkan 1,400 kes Covid-19 dengan 55 kematian.

Vizcarra berkata, kaedah terbaru itu memberi fokus untuk mengurangkan separuh daripada jumlah orang awam di kawasan terbuka pada satu masa.

"Kaedah kawalan pergerakan sedia ada menunjukkan keputusan yang baik," katanya.

Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 12:01pm
d