global

China berkabung esok

Oleh BERNAMA

Beijing: China akan mengadakan upacara berkabung kebangsaan pada Sabtu ini sebagai hari memperingati mereka yang maut menentang penularan Covid-19, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan kenyataan pihak berkuasa negeri.

Sepanjang tempoh itu, bendera negara akan dikibarkan separuh tiang di seluruh China termasuk kedutaan dan konsulat di luar negara.

Selain itu, semua aktiviti rekreasi akan digantung di seluruh negara.

Pada 10 pagi Sabtu, seluruh rakyat diminta untuk bertafakur selama tiga minit dan mod pengangkutan seperti kereta api, kapal dan kenderaan bermotor akan berhenti seketika.

Pada Khamis, 81,620 kes Covid-19 dilaporkan di republik itu dengan 3,322 kematian.

Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 2:20pm
d