global

Covid-19: Palestin sambung kawalan pergerakan sebulan

Oleh BERNAMA

BAITULMAQDIS: Palestin mengumumkan bahawa mereka akan menyambung perintah kawalan pergerakan mereka selama sebulan bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Agensi Anadolu melaporkan bahawa perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat melalui ciapan Twitter.

Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh berkata sebelum ini kawalan pergerakan dilaksanakan dari 10 pagi hingga 5 petang di semua wilayah.

Menurutnya, semua firma perdagangan kecuali farmasi akan tetap ditutup selepas 5 petang.

Setakat ini, 161 kes telah disahkan di Palestin.

Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 3:14pm
d