global

'Kek korona' laku keras

Oleh AFP

Khan Yunis (Palestine): Pembuat kek, Eyad Abu Rezqa mendapat idea untuk meningkatkan kesedaran awam berkaitan pandemik Covid-19 melalui kek yang dihasilkan.

Pemilik kedai kek dan roti Al-Nada di selatan Gaza itu menghasilkan ‘kek korona’ iaitu kek yang dihias dengan imej wanita mengenakan penutup muka berwarna biru, bertujuan mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan penjarakan sosial.

Katanya, dia meletakkan gambar kek berkenaan di media sosial dan sejak itu dia menerima tempahan setiap hari.

“Ia menarik perhatian orang ramai. Setiap hari permintaan terhadap kek ini meningkat.

“Kakitangan kami juga mengenakan sut keselamatan bagi menghasilkan kek ini,” katanya.

Katanya, penghasilan kek itu bukanlah untuk mengambil kesempatan terhadap pandemik yang mengancam nyawa penduduk dunia itu sebaliknya ia sebagai sumbangannya dalam memberi kesedaran kepada masyarakat.

Sehingga kini, Gaza mencatatkan 12 kes positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 6:40pm
    d