global

Bekas calon presiden Korea Selatan jadi sukarelawan

Oleh AFP

Seoul: Ketika hospital di bandar Daegu, Korea Selatan penuh dengan pesakit Covid-10, antara yang menjadi sukarelawan membantu adalah bekas calon presiden dan hartawan, Ahn Cheol-soo Ahn, 58, dan isterinya seorang profesor perubatan tampil membantu apabila hospital kekurangan kakitangan untuk merawat pesakit Covid-19.

Beliau dilaporkan merawat hampir 90 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) setiap hari dan dilihat komited menjalankan tugas dengan memakai pakaian khas walaupun dibasahi peluh.

“Ada pesakit berusia 60 tahun memberitahu saya bahawa suaminya meninggal akibat Covid-19 sehari sebelum itu di sebuah hospital lain. Tetapi, dia tidak dapat melihatnya buat kali terakhir kerana dikebumikan serta-merta.

“Wanita itu tidak dapat menghadiri majlis pengebumian suaminya kerana dia juga dijangkiti wabak itu. Saya kehilangan kata-kata untuk memujuknya,” katanya kepada AFP selepas selesai menjalani proses kuarantin 15 hari di Daegu.

Sementara itu, Ahn memberikan kredit kepada ujian pantas dan bertindak segera oleh Seoul bagi mengurangkan impak virus itu.

Korea Selatan adalah antara negara pertama yang dilanda wabak Covid-19 selepas China.

Bagaimanapun, dengan program ‘jejak, uji dan rawat’ termasuk penjarakan sosial, mereka berjaya mengawal wabak berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 4, 2020 @ 6:00am
    d