global

Lebih 1 juta orang dijangkiti Covid-19

Oleh Agensi

Washington: Lebih sejuta kes Covid-19 dicatatkan diseluruh dunia berdasarkan data terkini dikeluarkan Universiti Johns Hopkins.

Hampir 53,000 orang meninggal dunia manakala, lebih 210,000 yang dijangkiti kini pulih berdasarkan data universiti Amerika Syarikat (AS).

BBC melaporkan, AS mencatatkan kes terbanyak dengan lebih 1,000 kematian sejak beberapa hari lalu.

Pandemik ini mula dikesan di tengah China, sejak tiga bulan lalu.

Berdasarkan data yang diperoleh Johns Hopkins merekodkan satu juta kes walaupun angka sebenarnya jauh lebih tinggi.

Ia mengambil tempoh sebulan untuk mencapai 100,000 kes pertama sebelum melonjak kepada satu juta beberapa minggu kemudian.

Daripada jumlah keseluruhan kes, hampir suku daripadanya dicatatkan di AS manakala, separuh lagi daripada negara Eropah lain.

Pada Khamis lalu, Sepanyol memaklumkan 950 rakyatnya meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dan menjadi jumlah kematian tertinggi dalam mana-mana negara untuk tempoh sehari.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 4, 2020 @ 7:01am
    d