global

Covid-19: 29 maut di Arab Saudi

Oleh BERNAMA

RIYADH: Seramai 29 orang di Arab Saudi meninggal dunia akibat COVID-19, dengan 2,179 kes direkodkan setakat ini, kata pegawai kesihatan pada Sabtu.

Empat lagi kematian baharu dicatatkan di negara itu, lapor agensi berita Anadolu.

Sementara itu sebanyak 140 kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,179.

Berikutan itu, Arab Saudi mengenakan perintah berkurung di tujuh daerah di wilayah Jeddah, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Aktiviti keluar dan masuk ke daerah di wilayah Jeddah itu juga dilarang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 5, 2020 @ 1:15pm
    d