global

Majlis Keselamatan PBB bincang Covid-19 Khamis ini

Oleh BERNAMA

New York: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dijangka membincangkan mengenai pandemik Covid-19 Khamis ini.

“Mesyuarat mengenai Covid-19 dijadual pada Khamis,” kata seorang sumber diplomatik kepada agensi berita Sputnik pada Isnin.

Minggu lalu, sembilan negara anggota Majlis Keselamatan diminta membincangkan mengenai wabak yang menyebabkan darurat kecemasan global itu dan kesannya terhadap operasi PBB di seluruh dunia.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres kemudian mengesahkan beliau akan memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan berhubung perkara itu.

Menurut Johns Hopkins University, jumlah individu yang disahkan positif Covid-19 melebihi 1.3 juta di seluruh dunia dan 74,476 pesakit meninggal dunia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 7, 2020 @ 12:00pm
    d