global

Mayat kian bertimbun

Oleh AFP

New York: Jumlah kematian yang tinggi akibat Covid-19 di sini, menyebabkan bandar itu kini bergelut untuk mengendalikan jumlah mayat yang banyak.

Sehingga kini, jumlah kematian akibat wabak itu Amerika Syarikat melepasi 3,485 kes, dan situasi pekerja kesihatan membawa mayat ke luar hospital adalah senario biasa.

AFP melaporkan, sembilan mayat dimasukkan ke trak sejuk beku di luar Hospital Wyckoff di Brooklyn, yang difahamkan dijadikan pusat penyimpanan sementara.

Beberapa pemilik rumah mayat yang ditemu bual AFP berkata, mereka bergelut kematian akibat Covid-19 di New York yang lebih daripada 500 sehari.

“Kebanyakan rumah pengebumian tiada tempat penyejukan jika yang ada pun jumlahnya terhad,” kata Ken Brewster, pemilik rumah mayat Crowe di Queens.

Bagi Pat Marmo yang menguruskan lima rumah pengebumian di seluruh bandar itu mengakui tertekan apabila kehilangan sepupu dan sahabat akibat pandemik itu.

“Hospital tolak (kami). Mereka mahu keluarga ambil (secepat mungkin) dan rumah pengebumian tiada kemudahan mengendalikan mayat ini,” katanya.

Marmo menganggarkan rumahnya kini berurusan tiga kali ganda dan pengebumian dijangka dapat diselesaikan bulan depan.

“Kejadian ini sama seperti ketika tragedi 11 September,” katanya.

Mayat mangsa jangkitan Covid-19 mungkin dikebumikan di taman awam New York.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 8, 2020 @ 8:00am
    d