global

'Kanak-kanak ajaib' sudah meninggal

Oleh Agensi

Washington: Kanak-kanak lelaki yang dilahirkan tanpa tengkorak, Jaxon Buell yang digelar 'bayi ajaib' dilaporkan sudah meninggal dunia.

Portal Mirror melaporkan, Jaxon yang berusia lima tahun tinggal di North Carolina, Amerika Syarikat, hanya mempunyai 20 peratus tengkorak akibat kecacatan dipanggil microhydranencephaly.

Ayahnya, Brandon mengesahkan kematian anaknya yang turut digelar ‘Jaxon Strong’ ketika berada dalam pangkuannya.

“Jax meninggal dunia dengan aman, selesa dalam pangkuan saya,” katanya.

Namun portal itu tidak menyatakan tarikh sebenar kematian Jaxon.

Sebelum ini, media melaporkan, doktor menjangka dia akan hidup hanya selama beberapa hari kerana dilahirkan tanpa tulang tengkorak.

Lebih menyentuh hati ketika berusia setahun Jaxon pernah berkata ‘Hello’ dan ‘I love you’ kepada ibu bapanya.

Disiarkan pada: April 8, 2020 @ 1:48pm
d