global

Pelindung muka untuk si comel

Oleh Agensi

Bangkok: Sebuah hospital di Thailand menyediakan pelindung muka khas untuk bayi yang baru lahir bagi melindungi mereka daripada dijangkiti Covid-19.

Hospital Paolo di Samut Prakan memakaikan pelindung muka dan kelihatan sangat sesuai dan comel untuk bayi berkenaan.

Di laman Facebook rasmi hospital itu ada memuatnaik beberapa gambar bayi dipakaikan Face Shield (pelindung muka) sejak Khamis lalu.

“Kami menyediakan perlindungan tambahan untuk si kecil dan rakannya, iaitu pelindung muka untuk bayi dilahirkan. Sangat comel.

“Tahniah kepada semua ibu dan bapa mereka,” kata hospital berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook.

Pastinya ramai merasakan kemungkinan bayi berkenaan tidak selesa memakai pelindung muka itu, tetapi kelihatan dalam gambar mereka nyenyak tidur dengan selesa.

Thailand menguatkuasakan perintah berkurung untuk semua rakyatnya sehingga 15 April ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 9, 2020 @ 11:50am
    d