global

Kebumi di pulau

Oleh Agensi

PEKERJA dengan sut hazmat menyusun keranda di kawasan perkuburan besar di Hart Island yang dipercayai membabitkan mangsa korban Covid-19.

BBC melaporkan, kakitangan kawasan perkuburan itu memberitahu kerja pengebumian semakin bertambah apabila sebelum ini hanya menempatkan mayat tidak dituntut atau keluarga yang tidak mampu menanggung kos pengebumian.

Sebelum ini, hanya 25 mayat dikebumikan di pulau berkenaan dengan operasi dijalankan seminggu sekali.

Namun, kini ia dibuka lima hari seminggu dengan 24 pengebumian sehari, kata jurucakap, Jason Kersten.

Kawasan perkuburan itu digunakan sejak lebih 150 tahun lalu.

Sehingga kini New York mencatatkan lebih 162,000 kes jangkitan Covid-19 dengan 7,844 mangsa korban.

Keseluruhan kes di Amerika Syarikat mencecah 467,000 dengan 16,700 kematian.

Kerja pengebumian di kawasan berkenaan biasanya membabitkan banduan dari Rikers Island namun, disebabkan pertambahan kerja maka kontraktor dilantik untuk menguruskan kerja pengebumian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 12, 2020 @ 6:00am
    d