global

Bina rumah pokok lari daripada virus

Oleh Agensi

SEORANG lelaki di Hapur di daerah Uttar Pradesh membina rumah atas pokok semata-mata mengasingkan diri daripada ancaman jangkitan pandemik Covid-19.

India Today melaporkan Mukul Tyagi membina rumah pokok itu daripada kayu lama dan kering yang dicantumkan menjadi tapak.

Tyagi yang menetap di Kampung Asodha percaya hanya cara itu dapat melakukan penjarakan sosial dan mengelak daripada terkena jangkitan.

“Disebabkan saranan penjarakan sosial, saya ambil keputusan tinggal sendirian.

“Dengan bantuan anak lelaki, kami potong pokok dan cantumkan dengan papan,” katanya.

Sementara itu, anak lelakinya memberitahu agensi berita ANI, idea membina rumah pokok itu datang daripada bapanya.

“Kami guna kayu kering yang dipotong sebagai papan.

“Kami ikat papan itu bagi mencantumkannya dan ia pengalaman menyeronokkan.

“Malah,kami rasa lebih dekat dengan alam semulajadi dan persekitaran sekeliling juga bersih,” katanya yang mengambil sumber makanan dari rumah.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan dan Kebajikan Keluarga mengesahkan lebih 400 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di Uttar Pradesh.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 12, 2020 @ 6:00am
    d