global

Pakistan catat lebih 5,000 kes, 86 kematian

Oleh BERNAMA

KEMENTERIAN Kesihatan Pakistan melaporkan berlaku peningkatan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 5,011 dan 86 kematian.

Agensi berita Xinhua melaporkan timur wilayah Punjab kekal menjadi kawasan paling teruk terjejas, mencatatkan 2,414 kes diikuti selatan Sindh dengan sebanyak 1,318.

Seramai 4,163 pesakit sedang menjalani rawatan termasuk 50 dalam keadaan kritikal, manakala 762 dibenarkan discaj.

Ketua Menteri Sindh Syed Murad Ali Shah dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, jumlah kes yang disahkan meningkat itu berikutan lebih banyak saringan kesihatan dilakukan setiap hari.

Kerajaan akan mengadakan mesyuarat peringkat tinggi pada Isnin untuk membincangkan mengenai perintah ‘lockdown’ yang akan tamat pada Selasa.

Terdahulu pada Khamis, Pakistan melanjutkan tempoh larangan semua penerbangan domestik dan antarabangsa sehingga 21 April.

Disiarkan pada: April 12, 2020 @ 1:05pm
d