global

Sarjan hantar ubat sejauh 150km

Oleh Agensi

NEW DELHI: Demi menghantar bekalan kepada pesakit barah, seorang sarjan perubatan sanggup menunggang motosikal sejauh 150 kilometer (km), akhir bulan lalu ketika perintah berkurung masih berjalan.

Sarjan perubatan bernama Vishnu itu bukan saja tiba lebih awal daripada masa sepatutnya, tetapi tidak mengambil upah penghantaran daripada keluarga pesakit berkenaan.

India Today melaporkan, budak perempuan berusia empat tahun yang menetap di daerah Kerala Alappuzha itu lazimnya ke Pusat Barah Serantau di Thiruvanantaphuram iaitu ibu negeri bagi menjalani rawatan kemoterapi.

Bagaimanapun, dia baru-baru ini dinasihatkan mengambil ubat buat sementara bagi rawatan kemoterapi dihentikan berikutan penularan jangkitan pandemik Covid-19.

Namun,bekalan ubat itu tiada di daerahnya dan keluarga budak itu memaklumkan kepada pegawai polis, Anthony Ratheesh.

Ratheesh meminta bantuan rakannya, Vishnu yang juga bekas pegawai polis dan kini sarjan perubatan di Kolej Perubatan Thiruvananthapuram untuk membuat penghantaran.

“Vishnu bercadang tinggal di sana selama seminggu, jadi saya beritahunya situasi sebenar dan dia setuju membantu.

Memandangkan bekalan ubat dibawanya adalah lama, Vishnu perlu mendapatkannya daripada farmasi.

“Dia menyerahkan bekalan ubat itu kepada keluarga pesakit apabila tiba lebih awal walaupun membahayakan diri dengan menunggang motosikal,” katanya.

Menurut Ratheesh, keluarga budak itu mengharapkan bantuan kerana berdepan masalah untuk menanggung kos rawatan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 13, 2020 @ 7:00am
    d