global

Mesin layan diri jual penutup hidung, mulut

Oleh Agensi

MESIN layan diri yang menjual penutup hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman dan sarung tangan disediakan di dua bandar besar di Poland.

Ia bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barangan berkenaan susulan penularan wabak Covid-19.

Memetik berita portal Independent, tujuh mesin layan diri yang menjual barangan berkenaan ditempatkan di ibu negara dan sebuah lagi Krakow.

Persatuan Vending Poland yang menggerakkan inisiatif itu memaklumkan, dua mesin layan diri itu beroperasi di Warsaw, manakala lima lagi Krakow.

Menurut ketua persatuan itu, Aleksander Wasik, pihaknya merancang memasang lebih 100 lagi mesin layan diri di lokasi berpotensi dalam tempoh dua minggu.

“Inisiatif ini bagi memastikan pekerja industri ini dapat bekerja ketika pandemik ini.

“Apa yang berlaku sekarang menyebabkan semua orang terjejas. Ramai operator mesin layan diri tertekan kerana tidak bekerja dan melihat potensi mereka bakal muflis,” katanya.

Disiarkan pada: April 14, 2020 @ 6:00am
d