global

Hospital Jepun guna minuman keras ganti 'sanitiser'

Oleh AFP

HOSPITAL di Jepun kini membenarkan penggunaan minuman beralkohol sebagai bahan pencuci tangan memandangkan bekalan cecair pembasmi kuman semakin berkurangan.

Minuman dengan kandungan alkohol antara 70 dan 83 peratus boleh digunakan untuk membersihkan tangan, berdasarkan peraturan baharu yang dikeluarkan kementerian kesihatan Jepun.

Minuman beralkohol seperti vodka sesuai digunakan untuk tujuan itu namun, minuman beralkohol tradisional Jepun seperti sake dan shochu tidak boleh digunakan sebagai bahan membersihkan tangan memandangkan kandungan alkohol hanya sekitar 22 dan 45 peratus.

Namun, beberapa pengeluar sake mula menghasilkan produk dengan kandungan alkohol lebih tinggi bagi memenuhi permintaan untuk digunakan sebagai cecair pembasmi kuman.

Di bawah peraturan di Jepun, cecair yang digunakan untuk tujuan nyah kuman perlu mengandungi antara 76.9 dan 81.4 peratus kandungan alkohol.

Jika peratusannya lebih tinggi, ia perlu dicampur dengan air.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 14, 2020 @ 9:05pm
    d