global

Kematian tertinggi dalam 24 jam

Oleh AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merekodkan 2,228 angka kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, setakat jam 12.30 tengah malam tadi, angka maut di negara itu meningkat selepas mencatat dua hari penurunan.

Data terbaharu itu mengatasi jumlah tertinggi 2,108 yang direkodkan pada 10 April lalu.

Setakat ini, wabak itu meragut 25,757 nyawa di seluruh negara itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 15, 2020 @ 9:30am
    d