global

Covid-19: 1,300 banduan dibebas awal

Oleh AFP

Santiago: Chile memberi pembebasan awal kepada kira-kira 1,300 penghuni penjara dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Ia selepas mahkamah meluluskan undang-undang khas pengampunan itu.

Permohonan undang-undang khas itu dihantar Presiden Sebastian Pinera.

Peruntukan undang-undang itu akan memberi manfaat kepada penghuni penjara berusia lebih 75 tahun, ibu yang mempunyai anak di bawah dua tahun dan wanita hamil yang boleh menjalani baki hukuman di rumah masing-masing.

Bagaimanapun, pengampunan itu tidak terpakai untuk tahanan yang disabitkan atas jenayah kemanusiaan, pembunuhan, penculikan, dadah dan keganasan rumah tangga.

Menurut laporan Mahkamah Agong, pengampunan itu bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Ia sekali gus mengurangkan risiko penularan Covid-19 dalam kalangan banduan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 15, 2020 @ 3:35pm
    d