global

Myanmar bebaskan 25,000 banduan

Oleh AFP

Yangon: Myanmar membebaskan hampir 25,000 banduan bagi mengurangkan kesesakan penjara di tengah-tengah kebimbangan pelbagai pihak akibat penularan Covid-19.

Kenyataan Pejabat Presiden memaklumkan, pembebasan meliputi pelbagai penjara di seluruh negara itu sempena sambutan Tahun Baharu Myanmar.

“Sebagai tanda tahun baharu Myanmar, demi menghormati kemanusiaan dan kedamaian rakyat, presiden mengampuni semua 24,896 tahanan dari pelbagai penjara.

“Pengampunan ini termasuk 87 warga asing yang akan dihantar pulang,” kata kenyataan itu.

Pegawai kanan Jabatan Penjara Naypyidaw, Bo Kyi memaklumkan pembebasan itu akan dilakukan secepat mungkin.

“Kami mengharapkan tahanan politik negara termasuk dalam pembebasan ini,” katanya.

Seorang aktivis Rohingya mendakwa dia menerima berita kira-kira 1,500 tahanan Rohingya tersenarai dalam pembebasan besar-besaran itu.

Disiarkan pada: April 17, 2020 @ 4:42pm
d