global

Covid-19: 2,000 kematian di AS dalam 24 jam

Oleh AFP

Washington: Angka kematian akibat pandemik Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) cecah hampir 2,000 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 40,661 kematian sehingga semalam.

Rekod itu selari dengan data Johns Hopkins University yang menunjukkan kematian meningkat daripada 1,891 orang pada Sabtu kepada 1,997 semalam.

Angka terkini berkenaan dikeluarkan pada hari sama Gabenor New York Andrew Cuomo menyatakan pandemik Covid-19 adalah wabak yang parah apabila melepasi titik tertinggi.

Rabu lalu, data Johns Hopkins menunjukkan jumlah kematian di Amerika Syarikat melebihi 2,500 dalam tempoh 24 jam.

Menurut data sama, kematian akibat wabak itu di Amerika Syarikat adalah yang tertinggi berbanding negara lain, begitu juga dengan bilangan kes dicatatkan setakat semalam yakni 759,086 kes.

Disiarkan pada: April 20, 2020 @ 10:18am
d