global

Kanggaru sesat dalam bandar lengang

Oleh Agensi

Adelaide: Ketika penduduk menjalani perintah berkurung di rumah kerana ancaman Covid-19, seekor kanggaru dilihat berkeliaran di tengah bandar ini.

CNN melaporkan, satu video menunjukkan kanggaru itu melompat di atas jalan.

Ia dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) Polis Australia Selatan.

Menurut jurucakap polis, haiwan itu memasuki pusat bandar selepas terselamat daripada kemalangan jalan raya.

“Ini perkara unik. Kemungkinan suasana sepi di Adelaide menyebabkan kanggaru itu memasuki pusat bandar,” katanya.

Buat masa ini, warga Australia diarahkan duduk di rumah dan hanya dibenarkan keluar membeli barangan keperluan dan ubat

Perjumpaan juga terhad kepada dua individu sahaja pada satu-satu masa dan semua tempat awam termasuk taman permainan ditutup.

Sebelum ini, media melaporkan sekumpulan kambing turut berkeliaran di bandar peranginan di utara Wales, susulan perintah berkurung di negara berkenaan.

Gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan kumpulan kambing berkenaan di taman bunga dan kawasan perumahan. -Agensi

Disiarkan pada: April 22, 2020 @ 7:38am
d