global

Covid-19 ragut 200,736 nyawa seluruh dunia

Oleh AFP

Paris: Angka kematian individu dijangkiti wabak pandemik Covid-19 di seluruh dunia sudah mencecah 200,736 sejak ia mula dikesan di China pada Disember tahun lalu.

Lebih 2,864,070 kes didaftarkan oleh 193 negara dan wilayah dengan lebih 772,900 kes pesakit yang sudah sembuh.

Ia melalui data dikumpulkan oleh agensi berita AFP dari pihak berkuasa dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil dari jumlah jangkitan sebenar.

Amerika Syarikat, negara yang paling teruk dilanda wabak itu mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 53,070 daripada 924.865 kes.

Itali mempunyai jumlah tertinggi kedua dengan 26,384 kematian daripada 195,351 kes, diikuti oleh Sepanyol (22,902 kematian dan 223,759 kes), Perancis (22,614 kematian dan 161,488 kes) dan United Kingdom dengan 20,319 kematian dan 148,377 kes.

China - tidak termasuk Hong Kong dan Macau - setakat ini mencatatkan 4,632 kematian dan 82,816 kes.

Eropah mempunyai sejumlah 122,171 kematian dari 1,360,314 kes, Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai 55,586 kematian dan 969,896 kes, Asia mempunyai 7,854 kematian dari 195,102 kes, Amerika Latin dan Caribbean mempunyai 7,434 kematian dari 150,162 kes, Timur Tengah mempunyai 6,225 kematian dari 150,625 kes, Afrika mempunyai 1,361 kematian dari 29,981 kes dan Oceania mempunyai 105 kematian dari 7,991 kes.

Disiarkan pada: April 26, 2020 @ 7:04am
d