global

'Buzz Lightyear' pula ke pasar raya

Oleh Agensi

Washington: Seorang ibu sanggup memakai topi keledar watak kartun Toy Story, 'Buzz Lightyear' demi membeli makanan kegemaran anak lelakinya.

Kelly Hogan Painter, 35, terpaksa berbuat demikian kerana kehabisan penutup mulut dan hidung di rumahnya.

Daily Mirror melaporkan, Kelly perlu mendapatkan stok makanan untuk anaknya Silas, 2, yang juga seorang autisme dan alah kepada makanan tertentu.

Pada masa sama, suami Kelly tidak membenarkan dia keluar dari rumah sekiranya tidak memakai alat perlindungan.

Dia kemudian mendapat idea untuk memakai topi keledar yang menjadi alat permainan anak lelakinya sebagai ganti kepada penutup mulut dan hidung.

Walaupun kelihatan pelik, namun Kelly terpaksa menahan malu semata-mata untuk membolehkan dia membeli nuget ayam kegemaran anaknya.

Kehadiran wanita itu dengan topi keledar berkenaan menarik perhatian pengunjung sebuah pasar raya tempatan di Carolina Utara.

Walaupun tidak selesa, namun wanita itu hanya membiarkan orang ramai merakam gambarnya.

"Pandemik ini sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, tetapi sejujurnya saya tidak selesa memakai topi keledar ini tidak selesa kerana ia dicipta untuk kanak-kanak," katanya.

Disiarkan pada: April 28, 2020 @ 7:30am
d