global

Indonesia catat 415 kes baharu Covid-19

Oleh Agensi

INDONESIA melaporkan 415 kes baharu jangkita Covid-19 dengan lapan kematian.

Jurucakap kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, sehingga hari ini, 9,511 orang dijangkiti Covid-19 dengan jumlah kematian meningkat kepada 773 orang.

Liputan6 melaporkan, jumlah pesakit positif yang sembuh dilaporkan hari ini adalah 103 orang dengan keseluruhan seramai 1,254 orang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 28, 2020 @ 6:48pm
    d