global

Semua warga Luxembourg bakal disaring

Oleh AFP

Luxembourg: Luxembourg merancang untuk menjalankan ujian saringan ke atas semua penduduknya sebelum hujung bulan depan dengan anggaran 20,000 ujian sehari.

Negara kecil dengan kepadatan 600,000 penduduk dan antara negara terkaya di dunia meletakkan cita-cita tinggi untuk membuat saringan ke atas semua penduduknya.

Sehingga kini, 39,000 ujian sudah dijalankan.

Sejumlah 3,729 kes jangkitan Covid-19 adalah di kalangan penduduk Luxembourg dan mereka yang bekerja di sana dengan 88 kematian direkodkan setakat ini.

"Kami akan membuat saringan ke atas semua penduduk dalam tempoh sebulan," kata Menteri Penyelidikan dan Pengajian Tinggi, Claude Meisch.

Pelajar dan guru diminta hadir ke mana-mana 17 stesen ujian yang disediakan sebagai persiapan untuk memulakan sesi persekolahan minggu depan.

Ujian saringan besar-besaran itu dijangka menelan kos sebanyak AS$43 juta (RM188 juta) dan setiap penduduk turut menerima lima topeng pembedahan bagi mengelak risiko baharu jangkitan memandangkan negara berkenaan sudah menghentikan perintah sekatan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 28, 2020 @ 11:27pm
    d