global

Gigi Hadid hamil anak Zayn Malik

Oleh Agensi

Los Angeles: Model terkenal, Gigi Hadid dipercayai hamil anak teman lelakinya yang juga bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik.

Sumber memberitahu Entertainment Tonight, kandungan Gigi kini memasuki 20 minggu.

Bagaimanapun, wakil kepada kedua-duanya tidak menjawab permintaan untuk mengesahkan berita berkenaan.

Zyan dan Gigi dikatakan mula bercinta pada 2015, sebelum berpisah seketika pada 2018.

Pasangan itu kembali bersama pada Januari tahun lalu.

Zayn ketika ini dikatakan tinggal bersama keluarga Gigi ketika tempoh perintah berkurung di California.

Gigi, 25, atau nama sebenarnya, Jelena Noura Hadid adalah model Amerika-Palestin,

Zayn, 27, atau nama sebenarnya Zain Javadd Malik adalah rakyat Britain berketurunan Pakistan.

Berita mengenai pasangan itu trending di Twitter dengan lebih 400,000 ciapan

Disiarkan pada: April 29, 2020 @ 12:09pm
d