global

528 kes baharu Covid-19 di Singapura

Oleh Agensi

Singapura: Sebanyak 528 kes baharu Covid-19 dicatatkan di republik ini dengan jumlah keseluruhan 14,951 kes setakat jam 12 tengah hari tadi.

Channel News Asia melaporkan, majoriti kes yang dicatatkan hari ini datang daripada penempatan pekerja asing di asrama menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura.

Dalam kenyataan juga, kementerian berkenaan memaklumkan 10 kes jangkitan dikesan dalam komuniti dengan tujuh kes adalah warganegara manakala selebihnya penduduk tetap.

Sebanyak 511 kes baru dikesan daripada pekerja asing yang tinggal di asrama manakala tujuh lagi menetap di luar asrama.

Selain itu, jururawat Hospital Besar Changu antara mangsa terbaru wabak berkenaan membabitkan seorang lelaki berusia 24 tahun.

Simptom dikesan sejak Isnin lalu dan disahkan positif hari sama.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 29, 2020 @ 5:05pm
    d