global

Ingkar mudik, sebar Covid-19

Oleh Agensi

Jakarta: Kebanyakan penduduk Jawa Tengah mengabaikan larangan mudik atau pulang ke kampung yang berkuat kuasa di Indonesia, sejak 24 April lalu.

Lebih malang, ada antara individu berkenaan disahkan positif Covid-19 selepas tiba di kampung masing-masing.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan peningkatan kes wabak berkenaan di pulau dengan penduduk terpadat di dunia itu.

Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo berkata, pihaknya menerima laporan dan gambar menunjukkan individu yang ingkar arahan pihak berkuasa.

Beliau berkata, mereka meloloskan diri daripada pihak berkuasa dengan menggunakan pelbagai taktik berbahaya.

"Ada yang memasukkan kereta mereka ke dalam trak dan menutupnya dengan barang lain. Ada juga dakwaan mereka bersembunyi di dalam kontena walaupun ia belum disahkan," katanya seperti dilaporkan The Jakarta Post.

Dalam pada itu, lapan penduduk daerah Cimanggu positif Covid-19, selepas menaiki kereta sama dari Jakarta.

Ia selepas mereka menjalani ujian saringan walaupun semuanya tidak menunjukkan sebarang gejala.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 1, 2020 @ 6:00am
    d