global

Penguin gembira jelajah zoo

Oleh AFP

Singapura: Ketika kebanyakan tempat ditutup akibat pandemik Covid-19, haiwan di Zoo Singapura diberi sedikit kebebasan untuk bergerak.

Kelonggaran ini memberi peluang kepada haiwan yang biasanya menjadi perhatian pelawat dalam tempat kurungan masing-masing kini sedikit 'bernafas'.

Di sekitar kompleks kosong dan taman permainan mereka, kelihatan sekumpulan penguin Afrika menghabiskan masa 'berjalan-jalan' ditemani penjaga mereka.

Selain berkeliaran di sekitar zoo, haiwan itu mencuba pelbagai kemudahan permainan yang direka khusus untuk mereka.

Buat pertama kalinya kumpulan penguin itu keluar dari kandang mereka, kolam berpasir hingga membuatkan mereka terpinga-pinga sepanjang sesi penjelajahan.

Operator Zoo Singapura memaklumkan, latihan kecergasan seumpama itu boleh menguatkan otot haiwan itu dan membantu mereka menjelajah persekitaran baharu.

Katanya, habitat semula jadi haiwan di luar pantai barat daya Afrika.

"Normal baharu ini memberikan peluang kepada penguin Afrika kami menjelajah Zoo Singapura," katanya.

Sehingga kini zoo ini masih ditutup untuk pengunjung.

Singapura menguatkuasakan kawalan pergerakan termasuk menutup sekolah dan kebanyakan tempat kerja bagi mengekang penularan Covid-19 yang kini mencecah lebih 16,000 kes melanda republik itu.

Disiarkan pada: May 1, 2020 @ 2:27pm
d