global

Panik 400 petugas kesihatan dijangkiti

Oleh Agensi

Islamabad: Panik tercetus di hospital di Pakistan apabila 400 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19.

Mereka termasuk 181 doktor, 55 jururawat manakala bakinya adalah kakitangan hospital.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lima daripadanya termasuk doktor meninggal dunia.

Gulf News melaporkan laporan itu menyebut 87 daripada mereka sudah pulih daripada virus itu.

Dalam pada itu, doktor muda di Gilgit Baltistan, Dr Osama Riaz menjadi doktor pertama di negara itu yang meninggal dunia akibat Covid-19, pada 23 Mac lalu.

Pembantu khas Menteri Kesihatan, Dr Zafar Mirza memaklumkan kerajaan bimbang dengan laporan itu.

Pada masa sama, beliau mengumumkan sumbangan kewangan kepada ahli keluarga mangsa.

"Doktor yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan kita kategorikan sebagai mati syahid.

"Sumbangan antara 3 juta rupee (kira-kira RM80,155) dan 10 juta rupee (kira-kira RM267,000) akan diberikan kepada ahli keluarga berkenaan. Ia tambahan kepada pencen," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 1, 2020 @ 6:30pm
    d