global

Abang kena belasah, adik kena 'ratah'

Oleh Agensi

New Delhi: Malang buat seorang gadis di Bhopal, India apabila dirogol beramai-ramai oleh tujuh lelaki termasuk tiga remaja di bawah umur.

Dalam kejadian petang Rabu lalu, gadis berusia 19 tahun itu dan abangnya menaiki motosikal untuk pulang ke kampung mereka di Madhya Pradesh.

Ketika perjalanan hanya tinggal empat kilometer untuk sampai ke rumah mereka, abangnya terpaksa memberhentikan motosikal bagi membaiki lampu kenderaan itu.

Tiba-tiba, mereka diserang tiga lelaki yang menaiki motosikal.

Suspek menyerang abang gadis itu dan mencampaknya ke dalam perigi berhampiran manakala gadis itu dibawa ke kawasan dekat sebuah empangan.

Sebaik tiba di situ, empat lelaki lain menunggu dan semua mereka bergilir-gilir memperkosa mangsa.

Pegawai Polis Padhar berkata, abang mangsa berjaya keluar dari perigi berkenaan dan menghubungi keluarga mereka untuk mendapatkan bantuan.

"Ketika mencari mangsa, ahli keluarga berkenaan berjaya menangkap seorang daripada suspek.

"Mereka melaporkannya kepada polis tetapi sebelum bantuan tiba, suspek melepaskan diri namun meninggalkan baju-T dan kad pengenalan," katanya seperti dilaporkan portal India Today.

Mangsa kemudiannya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Susulan kejadian, polis menahan lima suspek dan memburu dua lagi rakan jenayah mereka.

Disiarkan pada: May 3, 2020 @ 7:30am
d